Thursday, April 30, 2015

Omar Al-Bashir Menang Lagi, 32 Tahun Pimpin Sudan

Omar-Hassan-al-BashirXRX

Omar Hassan al-Bashir kembali terpilih menjadi presiden Sudan setelah menang besar dalam pilihan raya yang diumumkan hasilnya pada Isnin (27/4). Tahun ini dia sudah memimpin negara itu selama 32 tahun.

Diberitakan Reuters, lelaki berusia 71 tahun ini mendapatkan suara hampir sempurna, iaitu 94.05 peratus suara dalam pilihan raya yang diadakan awal bulan ini. Parti Kongres Nasional (NCP) yang dipimpinnya memenangkan 323 dari 426 kerusi parlimen.

Presiden Komisi Pemilihan Nasional Sudan Mukhtar al-Asim mengatakan dalam sidang media di Khartoum bahawa tingkat kehadiran pemilih hanya 46.4 peratus, di atas perkiraan pengawas dari Uni Afrika iaitu 30-35 peratus.

Pilihan raya Sudan kali ini menghadapi banyak perpecahan dan langkah pembangkang yang memboikot pilihan raya kerana menganggapnya permainan pemerintahan Bashir.

“Pemilih tidak mahu bersusah-payah memilih atau memerhatikannya kerana mereka tidak melihatnya sebagai pilihan raya sebenarnya. Bahkan para pendukung pemerintah tidak mahu buang waktu datang ke pemilihan kerana mereka sudah tahu siapa yang akan menang,” kata Abdelwahab El Effendi, ahli Sudan di Universiti Westminster.

Bashir telah memimpin Sudan sejak tahun 1989 saat dia memimpin kudeta militer tidak berdarah yang menggulingkan Perdana Menteri Sadiq al-Mahdi. Sebelum pilihan raya kali ini, dia telah memenangi tiga pemilihan presiden berturut-turut.

Pemerintahannya dikritik kerana mengekang media, organisasi awam dan politik. Kesatuan Eropah menuduh Sudan gagal mengadakan dialog untuk mengakhiri konflik atau sekadar menciptakan lingkungan yang kondusif untuk pilihan raya.

Namun dalam ucapannya, dia membalas tuduhan tersebut.

“Dengan pilihan raya ini, rakyat Sudan memberi dunia pelajaran etika dan integriti. Kami tidak menerima pengawasan atau dikte dari negara lain. Sudan adalah negara bebas dan kami tidak menerima perintah negara lain,” ujar Bashir, disambut riuh pendukungnya. Menjalani kembali pemerintahannya, Bashir masih menghadapi tentangan yang sama, iaitu pemberontakan.

Sudan menghadapi pemberontakan di wilayah Darfur sejak tahun 2003 dan pemisah terpisah di Blue Nile serta Selatan Kordofan sejak berpisah dengan Sudan Selatan pada 2011. Bashir sendiri didakwa atas jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana genosid dan kekejaman lainnya dalam memberantas pemberontak di Darfur, sebuah tuduhan yang dinafikannya.(rz) sumber

No comments: