Thursday, April 30, 2015

PERANCHIS Terus Tindas Agama Islam

Sarah dilarang memasuki kelas kerana memakai skirt labuh dan tudung

REIMS, Perancis 29 April – Seorang remaja Islam dilarang memasuki kelas, gara-gara memakai skirt labuh berwarna hitam dan berpurdah yang dilarang di negara ini yang mengamalkan sistem sekular, mencetuskan bantahan di Perancis. Gadis itu, Sarah, 15, dilarang memasuki kelas sejak awal bulan ini oleh Guru Besarnya kerana brpendapat pakaian skirt panjang itu popular dalam kalangan wanita Islam untuk tujuan menutup aurat di tempat terbuka, yang merupakan satu kesalahan di Perancis.

 “Gadis itu tidak dibenar mema­suki kelas dan diminta datang semula ke sekolah dengan pakaian yang lebih neutral dan bapanya pula tidak mahu gadis tersebut kembali ke sekolah,” kata Pegawai Pendidikan Tempatan, Patrice Dutot. Pelajar itu kerap dilihat menanggalkan tudungnya sebelum memasuki premis sekolah di bandar timur laut Charleville-Mezieres, seperti yang ditetapkan undang-undang, katanya.

Berdasarkan undang-undang 2004 yang dikuatkuasakan di Pe­ran­cis, sebarang tudung, kippa Ya­hudi atau tanda salib besar diharam digunakan dalam institusi pendidikan, namun tanda-tanda ke­agamaan yang tersembunyi dibenarkan. Gadis itu memberitahu akhbar harian Perancis, L’Ardennais bahawa skirt yang dipakainya itu tidak terlalu istimewa dan ia sa­ngat sederhana serta tidak me­ragukan. Tiada tanda agamapun pada pakaian berkenaan. Kisah sedih Sarah menjadi trend di laman sosial Twitter di Perancis dengan hashtag #JePorteMaJupe­CommeJeVeux, yang membawa maksud “Saya memakai skirt kerana saya suka memakainya.” “Jika skirt itu dipakai oleh orang berkulit ‘putih’, ia dianggap gaya hippy, jika skirt itu dipakai orang Islam, ia menjadi salah,” kata seorang pengguna laman sosial di Twitternya. – AFP sumber

No comments: