Monday, April 13, 2015

SAUDI Guna Apache di YAMAN



RIYADH: Pakatan negara Arab yang memerangi pemberontak Huthi di Yaman mengerahkan helikopter tempur selepas serangan merentasi sempadan yang membunuh askar Arab Saudi.

"Kami membalas dengan tembakan artileri, dengan (helikopter) Apache," kata jurucakap pakatan itu, Brigadier Jeneral, Ahmed al-Assiri. Helikopter tempur itu bertindak selepas militan Huthi dari Yaman menyasarkan pos kawalan di sempadan di wilayah Najran di barat laut Arab Saudi kelmarin. Tiga askar Arab Saudi terbunuh dalam serangan mortar puak pemberontak Huthi itu.

 Menurut Kementerian Pertahanan Arab Saudi, lebih 500 pemberontak terbunuh di sempadan kedua-dia negara sejak serangan udara bermula sejak 26 Mac lalu. - AFP sumber

No comments: