Thursday, April 9, 2015

SAUDI Rancang Musnahkan 96 Kampung di YAMAN

RIYADH: Arab Saudi merancang memusnahkan 96 perkampungan padang pasir di sempadannya dengan Yaman bagi mengelak ia digunakan sebagai laluan oleh penduduk negara jiran itu untuk menyusup masuk.

Akhbar tempatan, Al-Hayat, melaporkan sebanyak 10 perkampungan terbabit dimusnahkan sejak Arab Saudi mengetuai kempen serangan udara ke atas pemberontak Syiah Houthi pada 26 Mac lalu. - AFP sumber

No comments: