Tuesday, April 21, 2015

SOMALIA - 6 Kakitangan PBB Maut



MOGADISHU: Sekurang-kurangnya enam kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh apabila bas yang mereka naiki meletup di perkarangan ibu pejabat PBB di Garowe, Somalia, hari ini.
Sumber polis menyatakan letupan itu menyebabkan gegaran kuat dan turut merosakkan beberapa kenderaan dan bangunan sekitarnya.

"Kami telah mengesahkan enam orang kakitangan PBB, termasuk dari negara asing terbunuh dalam letupan ini. Bom itu dipercayai telah dipasang pada bas mini tersebut sebelum diletupkan berhampiran pejabat PBB," katanya. - AFP sumber

No comments: