Monday, April 13, 2015

SYRIA - Pesawat Bom Sekolah di Aleppo, 9 Maut



BEIRUT: Satu serangan udara tentera rejim Syria menyasarkan sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Karim, berkata pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. "Lima kanak-kanak, tiga guru wanita dan seorang lelaki terkorban," katanya.

Katanya, beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat. Serangan berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP sumber

No comments: