Thursday, April 2, 2015

TURKI - 3 Maut dalam Drama Tebusan

ISTANBUL 1 April – Drama tebusan selama enam jam di sebuah mahkamah di ibu negara Turki, semalam, berakhir apabila pasukan khas polis menyerbu masuk premis itu dan menembak mati dua ahli kumpulan berhaluan kiri yang menjadikan seorang pendakwaraya sebagai tebusan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya berkata, mangsa yang dijadikan tebusan, Mehmet Selim Kiras turut terkorban dalam kejadian itu selepas ditembak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan dua tembakan di badan. Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu bermula apabila Parti Barisan Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) menyiarkan gambar pendakwaraya, Mehmet Selim Kiraz diacukan pistol oleh seorang daripada ahli kumpulan terbabit yang mengugut untuk membunuh mangsa jika permintaan mereka tidak dipenuhi. Mereka menuntut keadilan diberikan kepada seorang remaja, Berkin Elias yang terbunuh akibat terkena tin gas pemedih mata semasa tunjuk perasaan antikerajaan di Gezi Park pada 2013. - REUTERS sumber

No comments: