Monday, April 13, 2015

TURKI - Dua Parti Minta Hapuskan Pelajaran Agama di Sekolah

Erdogan-2

Beberapa ahli politik dan pengusaha di Turki menolak tuntutan dan seruan Parti Rakyat Demokrat dan Parti Rakyat Republik yang ingin menghapuskan pelajaran agama di sekolah-sekolah, mereka menyebut dua parti ini berorientasi pada “kemalisme dan ateis.”

Parti Rakyat Republik dan Parti Rakyat Demokrat telah menyerukan pemerintah Turki untuk menghapuskan kelas agama di sekolah-sekolah di mana hal tersebut dianggap bertentangan dengan prinsip-prinsip negara sekular.

Laman web Turki Press menyebutkan bahawa pengusaha Mohamed Ali Alton Dag dari Diyarbakir mengkritik Parti Rakyat Demokrat, dan menyebutnya sebagai parti “Kamalisme dan ateis,” begitu pula Parti Rakyat Republik di mana pada era empat puluhan mereka menyerukan azan dalam bahasa Kurdish.

Dalam konteks terkait, anggota parlimen dari Parti Keadilan dan Pembangunan untuk negara Diyarbakir, Ghalib Ansari Ihsanoglu Partai menyatakan bahawa organisasi tersebut teroris kerana berdasar pada Marxis Leninis sementara Islam merupakan komponen utama dari identiti Kurdish. (Hr/islammemo) sumber

No comments: