Tuesday, April 21, 2015

YAMAN - 27 Maut dalam Serangan di Sanaa, Bedilan Paling Dhsyat

SANAA 20 April – Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban apabila ibu negara Yamn, Sanaa, digegarkan serangan udara oleh Arab Saudi dan tentera pakatan di sebuah lokasi dipercayai depot senjata kumpulan pemberontak Houthi, hari ini.

Saluran televisyen dikuasai Houthi, Al-Masirah melaporkan, bedilan itu merupakan yang paling dahsyat pernah dilancarkan sekali gus dipercayai memusnahkan ribuan rumah dan kenderaan berhampiran.

“Penduduk juga terpaksa berlindung dan meninggalkan rumah masing-masing,” kata Ketua Pengarang Al-Masirah, Hakim al-Masmari, kepada Al Jazeera.

Pegawai kesihatan memberitahu Al Jazeera, beratus-ratus penduduk turut cedera dalam serangan udara dilancarkan jet-jet tempur dipercayai menyasarkan depot senjata Houthi yang menempatkan peluru berpandu Scud di Faj Attan, barat Sanaa itu. Kesan letupan itu dilapor turut dirasai sehingga enam kilometer daripada sasaran, mengakibatkan tingkap kedai-kedai pecah dan bangunan pejabat berjelaga. Imej bebola api besar serta kepulan asap sejurus letupan juga sempat dirakam.

Seorang penduduk, Adel Mansour berkata, letupan itu merupakan yang paling kuat berlaku sejak kempen memerangi Houthi dilancarkan tiga minggu lalu sehingga mengakibatkan seorang daripada ahli keluarganya pengsan akibat impak yang kuat. “Buat pertama kali, tingkap rumah saya pecah. Anak-anak saya juga ketakutan,” katanya. – AGENSI  sumber

No comments: