Friday, April 17, 2015

YAMAN - Utusan Khas PBB Letak Jawatan



NEW YORK: Wakil khas keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Yaman, Jamal Benomar meletakkan jawatan, demikian menurut pegawai PBB hari ini.

Peletakan jawatan itu dikaitkan dengan kegagalan Benomar mendapatkan sokongan dari negara Teluk bagi menjalankan misi di negara berkonflik itu.

Benomar, seorang diplomat Maghribi dilantik oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moo sebagai utusan khas untuk Yaman sejak 2012. - AFP sumber

No comments: