Tuesday, May 5, 2015

10 Pendatang Ditemui Mati Berhampiran LIBYA



ROME: Pengawal pantai dan tentera Itali serta kapal laut komersial bekerjasama bagi menyelamatkan pendatang yang berada dalam sekurang-kurangnya 16 bot. Beratus-ratus orang berjaya diselamatkan dan mereka menemui 10 mayat dekat pantai Libya ketika penyeludup mengambil keselamatan sewaktu laut tenang untuk menghantar kapal yang padat dengan pendatang bagi menyeberang Mediterranean.

Pengawal Pantai Itali berkata, mayat terbabit ditemui dalam tiga operasi menyelamat berasingan dekat pantai Libya. Pengawal pantai turut dibantu bot tunda dan kapal pedagang ketika operasi menyelamat berkenaan. Sebuah kapal kargo menemui tiga mayat pendatang dan 105 orang dalam sampan di perairan utara Tripoli, Libya.

Selain itu, dalam satu lagi operasi menyelamat, helikopter Tentera Laut Itali mengesan sebuah bot tiub getah yang mengempis. Bot yang padat dengan pendatang memang mudah dikesan. Sebuah kapal Tentera Laut Itali yang baharu menyelamatkan 90 orang pendatang tetapi dengan segera terpaksa memberi bantuan kepada sebuah lagi bot.

Dalam operasi lain, seramai 311 orang termasuk 16 kanak-kanak berjaya diselamatkan dari bot penyeludup. Sebelum ini, seramai 3,690 pendatang diselamatkan dari bot penyeludup. Kebanyakan pendatang masih dibawa ke pelabuhan di selatan Itali meskipun pada masa operasi menyelamat lain sedang dijalankan. - AP sumber

No comments: