Tuesday, May 19, 2015

AFGHANISTAN - Bom Berani Mati, 3 Maut



KABUL: Seorang pengebom berani mati dalam sebuah kereta merempuh konvoi tentera asing berhampiran lapangan terbang utama di sini pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dalam serangan terbaru di bandar bergolak itu, kata polis dan saksi.

 Pasukan tentera NATO di Afghanistan tidak dapat mengesahkan sama ada kenderaan mereka terbabit dalam serangan itu. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab walaupun pemberontak Taliban melancarkan serangan di seluruh negara sejak tentera asing berundur dari negara itu tahun lalu.

Jurucakap polis, Ebadullah Karimi, berkata pengebom berani mati itu memandu sebuah Toyota Corolla dan merempuh konvoi tentera asing di jalan utama menuju lapangan terbang, kira-kira 200 meter dari pangkalan tentera NATO. Anggota penyelamat membawa orang awam yang cedera keluar dari tempat kejadian yang dikawal polis. Peniaga, Fraidon Khan, berkata beliau melihat kereta berkenaan merempuh konvoi tentera asing. "Saya melihat tiga mayat. Seorang daripada mereka adalah kanak-kanak dan dua wanita," katanya. - Reuters  sumber

No comments: