Thursday, May 21, 2015

AS Hantar Senjata Anti Kereta Kebal Bulan Depan



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang menghantar lebih 1,000 unit senjata antikereta kebal ke Iraq bulan depan untuk memerangi kumpulan Negara Islam (IS) yang sudah merampas bandar Ramadi, kata seorang pegawai kanan Jabatan Pertahanan AS.

Mengikut pegawai itu, antara penyumbang kejayaan IS menawan Ramadi, ibu negeri Anbar ialah taktik digunakan IS dengan melaksanakan lebih 30 misi bunuh diri menggunakan kenderaan setiap hari. Setiap kenderaan berkenaan katanya, sebesar lori sarat bom yang menyebabkan 168 orang terbunuh dalam serangan keganasan di Oklahoma City pada 1995.

Justeru, AS memutuskan untuk membekalkan Iraq sistem senjata antikereta kebal, AT4 apabila Perdana Menteri Iraq melawat Washington bulan lalu dan penghantaran 1,000 unit senjata berat berkenaan akan dibuat bulan depan.

Keupayaan IS menawan Ramadi adalah tamparan besar kepada tentera Iraq sekali gus membayangkan serangan udara diterajui AS tidak dapat membendung kemaraan kumpulan militan itu. Dalam pada itu, pegawai berkata tentera Iraq belum tewas sepenuhnya di Ramadi sebaliknya sedang mengumpul kekuatan untuk kembali bertindak balas. Tentera Iraq yang dibantu militia Syiah percaya mereka akan merampas kembali bandar itu seperti yang mereka buat di Mosul. - Reuters  sumber

No comments: