Friday, May 15, 2015

Bayi Ditanam 8 Hari masih Hidup

Seorang bayi masih bernyawa walaupun ditanam oleh ibu bapanya

BEIJING 13 Mei – Seorang wanita menemui seorang bayi lelaki yang ‘ditanam hidup-hidup’ oleh ibu bapanya di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, selatan China, baru-baru ini dan didapati masih bernyawa. Menurut portal Mail Online, ibu bapa bayi itu ‘menyimpan’ anak mereka itu di kawasan perkuburan di pergunungan itu kerana dia dilahirkan dalam keadaan sumbing, sebelum dikesan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Lu Fenglian selepas mendengar tangisan kuat kanak-kanak itu di kawasan perkuburan tersebut.

Fenglian berkata, dia terdengar tangisan kuat itu ketika melalui kawasan perkuburan untuk mengutip herba bagi dijadikan ubat-ubatan.Dia kemudian menghubungi polis dan polis kemudian menggali lubang sedalam 0.5 meter di kawasan perkuburan itu ketika hujan dan mengeluarkan seorang bayi yang diletakkan di dalam sebuah kotak sebelum dihantar ke Hospital Tian Dong untuk diberi rawatan. Polis percaya bayi itu ditanam di situ sejak lapan hari lalu.

Menurut polis, bayi itu masih bernyawa dengan bergantung kepada air hujan yang memasuki kotak tersebut, walaupun kotak itu ditanam di dalam tanah. Polis berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa bayi itu di Kampung Siping di bandar Ping Ma dan pasangan itu mengaku menanam anak mereka dua hari selepas bayi itu dilahirkan pada 24 April lalu kerana menyangka anaknya telah meninggal dunia. - sumber

No comments: