Sunday, May 31, 2015

FILIPINA - 15 Cedera, Masjid Jolo Diserang

gambar merakamkan seorang mangsa yang cedera dalam letupan bom

JOLO, Filipina 30 Mei. – Seramai 15 orang termasuk 10 orang anggota polis cedera dalam satu serangan di sebuah masjid di kawasan terpencil di kepulauan Jolo, selatan Filipina yang dipercayai dilakukan kumpulan militan Abu Sayyaf, semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan itu dengan serangan bom tangan ke atas masjid berkenaan diikuti dengan serangan bom yang disasarkan kepada pegawai polis yang membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

“Letupan pertama dibuat sebagai tindak balas kepada kumpulan sasaran,” ujar Ketua Polis wilayah Jolo, Supritenden Abraham Orbita. Tiga orang awam cedera dalam letupan pertama, manakala 10 pegawai polis cedera dalam letupan seterusnya yang diletupkan kurang 10 minit daripada letupan pertama.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. Pulau tersebut merupakan kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan kecil militan yang ditubuhkan pada 1990.  sumber

No comments: