Wednesday, May 6, 2015

Gempa NEPAL - Masjid2 di Kathmandu Tidak Terjejas

world2007.1194520560.kathmandu-mosque

Masjid Jamek di Bag Bazaar, Ibu Kota Kathmandu, Nepal itu masih berdiri tegak. Tak ada dinding terkelupas atau retak. Aktiviti di sekitar kawasan masjid sangat aktif. Kedai-kedai mulai dibuka, walaupun madrasah masih ditutup.

“Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah,” kata, anggota takmir Masjid Jamek Nepal Mohammad Rizwan, salah satu aktivis masjid tempatan (5/5)

Rizwan menjelaskan Masjid Jamek Nepal ini bangunan yang relatif lebih baru. Renovasi besar masjid ini terakhir dilakukan pada 1995.  Tapi hanya berjarak 600 meter, ada Masjid Khasmiri Taqiya berhampiran Universiti Tri Chandra. Masjid itupun tidak mengalami kerosakan apapun. Padahal tempat ibadah itu sudah dibangun sejak 1524 Masehi. Di banyak tempat di Nepal yang terkena gempa, banyak bangunan hancur, namun Alhamdulillah masjid-masjid tetap utuh berdiri dengan kokoh. sumber

No comments: