Monday, May 25, 2015

INDIA - Panas Melampau, 355 Maut

NEW DELHI 24 Mei – Seramai 335 orang penduduk dilaporkan terkorban sejak tiga hari lalu, selepas berlakunya fenomena cuaca panas melampau di beberapa buah negeri di kawasan selatan negara ini.


Seorang kanak-kanak mandi di luar rumahnya untuk menyejukkan badan selepas berlakunya fenomena panas melampau di India. 

Menurut Jabatan Metereologi India (IMD), daerah Khammam di negeri Andra Pradesh merekodkan bacaan suhu tertinggi iaitu 48 darjah Celcius, melepasi rekod sebelum ini iaitu 47.2 darjah Celcius pada 1947.

Menurut sumber, sebanyak 75 kematian dilaporkan di negeri Andra Pradesh, manakala 60 lagi di negeri Telangana. Pegawai di kedua-dua negeri itu berkata, kebanyakan mereka yang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau itu merupakan buruh.

Susulan kejadian itu, orang ramai diarah supaya berada di dalam rumah dan tidak menjalankan banyak aktiviti luar. IMD meramalkan cuaca di beberapa buah negeri seperti di Madhya Pradesh, Vidarbha, Bihar dan Jharkhand akan bertambah buruk dalam beberapa hari lagi.

Akhbar tempatan Times of India melaporkan, suhu persekitaran mencecah 45 darjah Celcius di beberapa buah tempat, terutamanya di Rajasthan serta Jaipur, dan penduduk kini berhadapan dengan masalah kekurangan air. – BERNAMA  sumber

No comments: