Friday, May 1, 2015

IRAN yang Cipta ISIS, Dakwa Pembangkang



WASHINGTON 30 April – Seorang pemimpin pembangkang Iran yang hidup dalam buangan mendakwa kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mengganas di bumi Syria dan Iraq merupakan ciptaan Teheran.

Maryam Rajavi Presiden Majlis Kebangsaan Penentangan Iran, Maryam Rajavi mendakwa Iran membantu membentuk kumpulan sayap militan IS itu yang beroperasi di Syria dan membunuh ramai pengikut Sunnah di Iraq bagi mengembangkan pengaruh kumpulan berkenaan.

 Menurut Maryam, walaupun Iran membantu pemimpin Iraq menentang ancaman militan melalui bantuan senjata dan nasihat, tetapi rakyat negara itu menggelar pemimpin Teheran sebagai ‘bapa’ kumpulan militan Negara Islam di Syria (ISIS).

“Iran bertanggungjawab membentuk keganasan yang mengancam kestabilan rantau Asia Barat. “Keganasan dan fundamentalisme di bawah nama Islam wujud disebabkan perancangan kerajaan Iran dan jika rejim tersebut dijatuhkan, tiada lagi kedua-dua ancaman berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Al Arabiya. sumber

No comments: