Monday, May 25, 2015

IS Hukum Bunuh 217 Orang di Palmyra


BEIRUT: Kumpulan IS melaksanakan hukuman bunuh terhadap sekurang-kurangnya 217 orang, termasuk orang awam, di dan sekitar bandar purba Syria, Palmyra, sejak sembilan hari lalu, menurut sebuah pertubuhan pemantau.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan ia merekodkan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas 67 orang awam, termasuk kanak-kanak, dan 150 anggota tentera Syria di beberapa kawasan berbeza di wilayah Homs sejak 16 Mei lalu.

 "Pihak pemantau mengesahkan IS membunuh 67 orang awam termasuk 14 kanak-kanak dan 12 wanita di Sukhnah, Al-Amiriyah, di pinggir Palmyra," menurut kumpulan yang berpangkalan di Britain itu merujuk kepada beberapa kawasan di timur wilayah Homs.

"IS juga membunuh lebih 150 anggota tentera, pasukan keselamatan dan Jawatankuasa Popular (militia pro-kerajaan) dan beberapa yang lain yang dituduh 'mereka yang setia kepada rejim'," menurutnya. Pelaksanaan hukuman bunuh itu berlaku beberapa hari selepas IS memasuki Homs dari wilayah Deir Ezzor. - AFP  sumber

No comments: