Friday, May 8, 2015

JERMAN - Komplot Serang Masjid Tumpas

Pihak berkuasa Jerman menangkap tiga orang lelaki dan seorang

BERLIN 7 Mei – Pihak berkuasa Jerman menangkap tiga orang lelaki dan seorang wanita kerana memiliki bahan letupan dan merancang serangan terhadap masjid dan pe­mimpin agama Islam di negara ini.

Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan dalam satu kenyataan menyatakan, polis menangkap empat orang terbabit yang dituduh menubuhkan satu kumpulan sayap kanan untuk menyerang masjid dan tempat yang menempatkan orang yang mencari perlindungan suaka politik.

 “Tangkapan itu dibuat selepas serbuan oleh 250 anggota penyiasat ke kawasan perumahan di Sa­xony dan beberapa negeri lain,’’ kata pejabat itu dalam satu kenyataan. Pendakwa raya menyatakan, keempat-empat suspek tersebut menubuhkan kumpulan Oldschool Society dan merancang untuk menyerang tempat perlindungan pencari suaka politik, masjid, dan anggota pemimpin masyarakat Islam di negara ini.

Empat yang ditangkap dikenal pasti sebagai Andreas H, 56; Markus W, 39; Denise Vanessa G, 22; dan Olaf O, 47, serta didakwa atas dakwaan keganasan dan memperoleh bahan letupan.Kenyataan itu menyatakan Andreas H. dan Markus W bertindak sebagai presiden dan naib presiden kumpulan tersebut. Kementerian Dalam Negeri Rhine-Westphalia Utara menjelaskan, Olaf O dari Bochum, barat negara ini, berada dalam pemantauan pihak berkuasa sebagai seorang ketua kumpulan itu sejak November lalu.

“Berdasarkan siasatan, kumpulan itu mahu menyerang kumpulan-kumpulan kecil di Jerman termasuk pergerakan Salafis, masjid, dan pusat perlindungan pencari suaka politik,’’ katanya. – AGENSI sumber

No comments: