Friday, May 8, 2015

MISTERI - Ibu Rakam Gambar Pari-pari?





NORTHAMPTON 7 Mei – Seorang ibu yang juga jurufoto profesional, mengesahkan dia mempunyai bukti menunjukkan bahawa pari-pari sebenarnya wujud.

Menurut Daily News, Lisa Wildgoose berjaya merakamkan beberapa gambar makhluk kecil itu di Bluebell Woods berdekatan Towcester, Northampton, baru-baru ini.

 “Imej itu dari jauh kelihatan seperti lalat kerana bersayap, tetapi apabila dibesarkan, kelihatan makhluk itu memiliki rambut berwarna perang dan memakai kasut yang bersinar,” katanya.

Wildgoose, 42, berkata, dia menyedari kejadian itu setibanya di rumah ketika mahu melihat kembali hasil gambar yang ditangkap. “Ketika itu, saya ternampak ada satu gambar mahkluk kecil yang bersayap,” ujarnya. Meragui imej itu, ibu berkenaan memangil dua anak kembar perempuannya, Mia dan Madison, 5, untuk bertanyakan tentang imej tersebut. “Saya benar-benar terkejut pada mulanya. Saya fikir mungkin imej itu hanya seekor lalat. “Mereka tidak perlu cuba meyakinkan saya. Dalam fikiran mereka, ibu mereka sendiri memang percaya kewujudan pari-pari. Di sudut kecil hati saya, memang terdapat gadis kecil yang gembira jika pari-pari itu wujud,” katanya.

Wildgoose yang pernah bekerja sebagai jurugambar profesional sukan bermotor di Silverston berkata, dari kecil lagi dia membesar dengan mempercayai kewujudan pari-pari. “Tinkerbell merupakan filem kegemaran saya. Saya turut gembira jika pari-pari itu wujud,” katanya. sumber

No comments: