Tuesday, May 19, 2015

MISTERI - Mata dan Lidah Berdarah Setiap Kali Tidur

HAWAII 17 Mei - Seorang gadis terpaksa melalui mimpi ngeri saban hari apabila mata dan lidahnya berdarah ketika tidur selain anggota badannya sering kali lebam secara tiba-tiba sejak tahun 2008.

 Linne Ikeda, 24, dari Waikele, Hawaii, disahkan menghidap Sindrom Gardner Diamond yang menyebabkan lebam secara rawak yang berlaku kerana tekanan perasaan. Pada mulanya, Ikeda hanya lebam-lebam badan sebelum menjadi lebih kronik selepas dua tahun apabila lidahnya terbelah sendiri dan berdarah kemudian berjangkit ke mata.

Jelas gadis itu, dia telah berjumpa dengan lebih 30 orang doktor selain berikhtiar mengubati penyakit ganjil itu, namun sia-sia kerana rata-rata pengamal perubatan buntu mengubatnya. “Saya tidak merasa sakit apabila berlaku pendarahan. Saya sudah menjalani 11 pembedahan, namun tidak dapat mengubati sepenuhnya penyakit saya ini.

 “Mata saya akan berdarah dari pukul dua pagi sehingga jam lima ketika tidur. Apabila bangun, tilam dan bantal akan penuh dengan kesan darah. Kadang-kadang darah banyak sehingga kena rambut,” katanya kepada Hawaii News Now baru-baru ini.

 Menurut bapa Ikeda, Miles, anak perempuannya seorang yang tabah dalam menghadapi situasi tersebut kerana jarang sekali mengadu atau berputus asa sebaliknya menjadi sumber inspirasi kepada adiknya. “Dia tidak pernah putus asa atau bertindak diluar dugaan, sebaliknya menerima keadaan dengan tabah. Dia hanya mahu menjadi normal seperti orang lain,” ujarnya. - sumber

No comments: