Friday, May 15, 2015

PAKISTAN - 43 Penganut Syiah Maut, 13 Cedera

KARACHI 13 Mei – Sekurang-kurangnya 43 pengikut Syiah terbunuh, manakala 13 lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah bas yang mereka naik, di sini, hari ini. Ketua Polis Wilayah Sindh, Ghulam Haider Jamali berkata, enam orang lelaki yang menunggang tiga buah motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah bas berkenaan menggunakan pistol.

“Suspek dipercayai menggunakan pistol jenis 9mm. “Suspek berjaya melarikan diri dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan,” jelas Ghulam. Stesen televisyen yang membuat liputan berkenaan serangan itu, memaparkan bagaimana sebuah bas berwarna merah jambu musnah terkena tembakan, dengan terdapat kesan darah di beberapa bahagian bas itu.

Rakaman turut memaparkan bagaimana ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan menangis apabila melihat mayat orang tersayang diusung keluar dari bas berkenaan. Sehingga kini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab me­lakukan serangan tersebut, dengan kumpulan pengganas Taliban dijadikan sebagai suspek utama selepas sering melancarkan serangan ganas di negara ini. – AFP  sumber

No comments: