Friday, May 8, 2015

Ringgit Terus Jatuh Berbanding Dollar

KUALA LUMPUR: Ringgit terus turun hari ini berbanding dolar AS berikutan jualan berterusan ringgit, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 3.6060/6080 berbanding dolar daripada 3.5920/5950 pada penutupan semalam.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.7052/7085 daripada 2.7002/7032 penutupan semalam dan turun berbanding pound British kepada 5.5558/5610 daripada 5.4566/4622 semalam. Ringgit bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.0088/0109 daripada 3.0096/0134 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.0549/0576 daripada 4.0791/0832 semalam. - BERNAMA sumber

No comments: