Saturday, May 9, 2015

SAUDI Masih Gagal di YAMAN, Terpaksa Buat Gencatan Senjata



SANAA: Arab Saudi mengumumkan gencatan senjata atas dasar kemanusiaan di Yaman mulai Selasa depan, walaupun ketika ini sedang mempertingkatkan serangan udara terhadap pemberontak Huthi.
"Kami putuskan gencatan senjata akan berkuatkuasa 12 Mei ini jam 11 malam selama lima hari dan mungkin dilanjutkan bergantung kepada keadaan," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir selepas mesyuarat menteri negara Teluk di Paris.

Begitupun, pesawat pejuang tentera bersekutu diterajui Saudi terus membedil kubu Huthi, pemberontak mazhab Syiah di utara Yaman sejak kelmarin. Sementara itu, PBB mengingatkan tentera bersekutu bahawa sekatan laluan untuk penghantaran makanan dan bahan api menjejaskan usaha penyaluran bantuan sekali gus mengancam nyawa ribuan kanak-kanak Yaman.

"Gencatan senjata ini akan ditamatkan jika Huthi dan sekutunya tidak berpegang kepada persetujuan yang dicapai. ..inilah masanya Huthi membuktikan mereka mengambil berat hal ehwal masyarakat dan warga Yaman keseluruhannya," kata Juber pada sidang media bersama dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry. sumber

No comments: