Tuesday, May 12, 2015

SUDAN - Puluhan Terbunuh dalam Pertempuran Antara Puak

KHARTOUM: Puluhan orang terbunuh dalam pertempuran antara dua puak Arab di Darfur Timur, menurut seorang Ahli Parlimen. Pertempuran antara puak Rezeigat dan Maaliya di sekitar kawasan Abu Karinka di Darfur Timur itu adalah siri terbaru konflik berdarah antara etnik di wilayah itu.

 "Puak Rezeigat membunuh 60 orang dalam serangan di Maaliya," kata Hamdan Tirab, wakil bagi kawasan Abu Karinka. Akses ke Darfur amat terhad, sekali gus sukar untuk mengesahkan angka korban.

"Pertempuran itu bermula pada jam 11 pagi 0900 GMT) dan berlanjutan hingga senja. Senjata berat dan kenderaan kerajaan digunakan," katanya. Seorang pemimpin puak Rezeigat berkata: "Kami kehilangan 40 pejuang dalam pertempuran di kawasan Abu Karinka hari ini tetapi tidak tahu berapa ramai yang terbunuh di pihak lawan." - AFP sumber

No comments: