Friday, May 1, 2015

SYRIA - Pertempuran Berhampiran Kediaman Keluarga Presiden

AMMAN: Pasukan pemberontak dan tentera Syria bertempur di wilayah Latakia di kawasan berhampiran kediaman keluarga President Bashar al Assad.

Sumber tentera memberitahu agensi berita SANA bahawa pesawat pejuang membedil tempat persembunyian pemberontak di utara Latakia, menyebabkan "puluhan orang terbunuh dan cedera".

Pemberontak sudah beberapa kali mencuba, sejak peperangan selama empat tahun itu, untuk menawan Latakia yang dikuasai kerajaan dan kubu kuat puak minoriti Alawite.

Latakia adalah pelabuhan utama di Syria dan penting untuk rancangan pemberontak menggulingkan kerajaan Assad. - Reuters sumber

No comments: