Thursday, May 28, 2015

YAMAN - Pelabuhan Tentera Terbesar Dibom

Seorang pegawai perubatan merawat penduduk yang cedera akibat

KAHERAH 27 Mei – Jet pejuang dan kapal perang tentera perikatan diketuai Arab Saudi, hari ini mengebom pelabuhan tentera terbesar Yemen di bandar Hodaida di Laut Merah, mengakibatkan kerosakan teruk ke atas kemudahan di pelabuhan itu termasuk dua kapal perang musnah. Satu daripada kapal itu yang diberi nama Bilqis musnah dan tenggelam, manakala lima bot bersenjata mengebom bangunan pentadbiran di pangkalan itu, kata pegawai tempatan ketika dihubungi dari sini. Bandar dan pangkalan tentera di bandar itu dilapor dikuasai pemberontak Houthi.

Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta utusan khasnya ke Yemen supaya menangguh rundingan damai Geneva yang dijadual diadakan pada 28 Mei ini. “Setiausaha Agung agak kecewa kerana agak mustahil untuk melaksanakan sebarang inisiatif penting pada waktu terdekat ini dan mengulangi permintaannya kepada semua pihak supaya menyertai rundingan anjuran PBB tanpa menetapkan sebarang syarat,’’ kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric. – REUTERS  sumber

No comments: