Wednesday, May 20, 2015

YAMAN - Sana'a Diserang Semula

KAHERAH: Serangan udara yang diketuai Arab Saudi ke atas ibu negara Yaman, Sanaa, malam tadi menyasarkan pasukan tentera yang setia kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh, di timur dan selatan bandaraya itu, menurut penduduk.

Serangan berkenaan adalah yang pertama terhadap ibu negara itu selepas gencatan senjata kemanusiaan lima hari berakhir Ahad lalu biarpun operasi ketenteraan bersambung semalam di utara wilayah Saada dan bandaraya Aden di selatan.

Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan ke atas pemberontak Houthi dan unit tentera yang setia kepada Saleh sejak lebih tujuh minggu lalu sebagai sebahagian daripada kempen untuk meletakkan semula Presiden President Abd-Rabbu Mansour Hadi di tampuk kuasa. sumber

Gencatan senjata kemanusiaan itu ditamatkan biarpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan bantuan merayu diberikan lebih masa untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada 25 juta rakyat negara itu. Sumber Houthi menyatakan mereka juga menembak peluru mortar ke beberapa kawasan wilayah Najran di selatan Arab Saudi dan bertempur dengan tentera Arab Saudi berhampiran kawasan sempadan. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55881

No comments: