Tuesday, June 2, 2015

500 Rohinya Cuba Masuk ke MALAYSIA

KUBANG PASU 1 Jun - Kira-kira 500 lagi pendatang tanpa izin dipercayai pelarian Rohingya berada di Danok, Thailand dan dikesan cuba memasuki negara ini. Ketua Polis daerah Kubang Pasu, Supt. Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat risikan awal yang dilakukan Polis Kubang Pasu, kesemua pelarian terbabit cuba menggunakan laluan Bukit Kayu Hitam untuk masuk ke negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kubang Pasu di sini hari ini, beliau berkata, polis diarahkan supaya meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan Pasukan Gerakan Am, Unit Pencegah Penyeludupan dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam melakukan rondaan serta memantau kawasan sempadan. - BERNAMA - sumber

No comments: