Monday, June 1, 2015

AFGHANISTAN - 3 Maut, 19 Cedera dalam Serangan Taliban



JALALABAD: Tiga anggota Taliban maut manakala 19 cedera selepas pemberontak menyerang sebuah balai polis di Wilayah Nangarhar, timur negara itu hari ini.

Agensi berita Xinhua berkata, sejumlah anggota militan menyerang balai polis di ibu negeri, Jalalabad itu kira-kira jam 11.10 malam.

Serangan itu membawa kepada kejadian berbalas tembakan yang berlarutan sehingga tengah malam.

Sembilan anggota polis dan lima kanak-kanak antara yang cedera. Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - AFP

No comments: