Tuesday, June 16, 2015

AFRIKA SELATAN - ICC Arah Presiden SUDAN Ditahan



JOHANESBURG: Sebuah mahkamah Afrika Selatan mengeluarkan arahan awal hari ini, menghalang Presiden Sudan, Omar al-Bashir daripada meninggalkan negara itu sehingga hakim mendengar permohonan penahanannya.

Basir berada di negara berkenaan untuk menghadiri persidangan Kesatuan Afrika. Beliau berdepan tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana kekejaman dalam konflik Darfur.

Hakim Hans Fabricuis berkata, jika Bashir dibenarkan untuk meninggalkan negara itu ia akan menjejaskan reputasi Afrika Selatan, menurut media tempatan. Perbicaraan mahkamah bersambung semula jam 3.00 petang waktu tempatan.

"Kami semua gembira berada di sini. Tiada masalah," kata pegawai Sudan di persidangan itu. Terdahulu Bashir kelihatan tiba di situ. ICC menggesa pihak berkuasa Afrika Selatan menahan Bashir. Satu kenyataan mahkamah itu di The Hague meminta Pretoria "menggunakan semua cara bagi memastikan pelaksanaan waran penahanan itu." Katanya, ahli mahkamah "amat bimbang" mengenai kesan negatif jika negara ahli gagal membantu menahan Bashir yang didakwa lebih sedekad lalu.

Namun penahanan di Afrika Selatan mungkin tidak berlaku kerana kerajaan Presiden Jacob Zuma sudah memberikan imuniti kepada mana-mana pemimpin atau wakil yang menghadiri persidangan Kesatuan Afrika.  sumber

No comments: