Monday, June 29, 2015

Am - Rambut Kembar Terlilit dengan Ular Sawa

Pasangan adik beradik kembar seiras terpaksa melalui detik paling

SUMMERDALE, Amerika Syarikat 28 Jun – Sepasang adik beradik kembar seiras melalui detik mencemaskan apabila seekor ular sawa besar yang melingkar di kepala mereka menyebabkan rambut mereka tersimpul, baru-baru ini.

Menurut laporan Telegraph, kembar tersebut, Scarlet dan Fiona Mallory, 5, yang melawat sebuah taman buaya di sini cuba berjinak-jinak dengan ular yang juga menjadi tarikan di taman tersebut. Ular tersebut pada awalnya melingkar di atas kepala kedua-dua pasangan kembar itu apabila tiba-tiba menyebabkan rambut pasangan itu tersimpul, sekali gus membuatkan mereka menjerit dan menangis ketakutan.

Pelatih ular tersebut kemudian membantu mereka meleraikan rambut mereka yang kusut mengakibatkan reptilia itu tersekat bersama dalam simpulan rambut kembar itu. Sebuah video dimuat naik oleh ibu pasangan kembar itu, Stephanie Mallory merakamkan detik cemas yang dilalui anak mereka itu. - sumber

No comments: