Thursday, June 25, 2015

Banduan Teramai di Dunia

BRASILIA: Jumlah rakyat Brazil yang melanggar melakukan kesalahan melonjak hampir dua kali ganda dalam satu dekad lalu menjadikan negara Amerika Selatan itu menduduki tangga keempat dunia mempunyai jumlah banduan teramai.

Untuk tempoh suku pertama tahun 2014 - statistik terbaharu yang dikeluarkan - terdapat 607,700 orang di penjara Brazil, demikian menurut satu kajian oleh Kementerian Keadilan Brazil yang menguruskan semua penjara di negara itu.

Laporan itu menyebut berbanding pada tahun 2004 jumlah penghuni penjara di Brazil adalah seramai 336,400. Jumlah terbesar penghuni penjara di dunia masih di Amerika Syarikat dengan 2.2 juta penghuni, China (1.6 juta) dan Russia (673,000).

Laporan itu dikeluarkan ketika Ahli Parlimen Brazil sedang berdebat untuk mengurangkan angka golongan muda berusia 18 dan 16 yang terbabit dengan jenayah berat. Ini boleh menyebabkan bebanan kepada sistem penjara yang sudah pun berdepan dengan masalah limpahan banduan di penjara sehingga lebih 50 peratus. - AFP sumber

No comments: