Thursday, June 18, 2015

Donald Trump Bertanding Presiden AS



NEW YORK: Jutawan selebriti, Donald Trump mengambil risiko membuat keputusan bertanding merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya 2016 nanti. Trump yang bertanding atas tiket Republikan menyatakan beliau mampu menjadikan AS negara yang lebih besar dari segi kekuasaan dan kekayaan.

Trump membuat pengumuman itu di Trump Tower, Fifth Avenue di New York. Beliau meletakkan slogan kempennya yang berbunyi, "Make America Great Again." Trump menobatkan dirinya sebagai orang yang paling berjaya yang pernah mencalonkan dirinya sebagai calon presiden. Dia juga menyatakan mampu mengembalikan keunggulan ekonomi Amerika.

Sebelum ini, Trump pernah beberapa kali mengumumkan akan bertanding calon presiden tetapi menarik diri pada saat akhir. Keinginannya menjadi presiden pertama kali muncul pada tahun 1987, diikuti 1999, 2004 dan terakhir 2011.

Sementara itu, pemerhati melihat pengumuman rasmi Trump ini membuktikan beliau serius kali ini untuk bertanding. Pengumumannya itu menjadikan Trump sebagai individu ke-12 dari Parti Republikan bertanding dalam pemilihan pilihan raya presiden pada 2016 nanti. Menurut akhbar Washington Post, kekayaan bersih Trump kini bernilai AS$9 bilion. - AP sumber

No comments: