Tuesday, June 23, 2015

Gelombang Panas, 140 Maut di PAKISTAN

Sukarelawan dan anggota keluarga, mengusung jenazah ke hospital

KARACHI 22 Jun – Gelombang panas yang melanda bandar raya Karachi serta tiga buah daerah di wilayah Sindh, selatan negara ini sejak kelmarin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 140 orang terkorban. “Sejak hari Sabtu lalu, seramai 114 orang terkorban di Karachi, manakala lapan lagi terkorban di tiga buah daerah di wilayah Sindh,” kata Setiausaha Kesihatan Wilayah, Saeed Mangnejo, semalam. Saeed berkata, ekoran itu pihak berkuasa tempatan mengarahkan semua hospital mengambil langkah berjaga-jaga, selain membatalkan cuti bagi setiap doktor dan kakitangan perubatan serta memperbanyakkan stok simpanan ubat.

Karachi mencatatkan suhu tinggi mencecah 45 darjah Celcius kelmarin, tidak jauh daripada catatan suhu paling panas pernah dicatatkan di bandar raya ini iaitu 47 darjah Celcius pada Jun 1979. Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Jinnah, Dr. Seemin Jamali berkata, lebih 100 orang meninggal dunia di hospital berkenaan selepas mengalami kekejangan haba.

Menurut seorang pegawai, semua mangsa terkorban kelmarin. Jabatan Metereologi Pakistan dalam satu kenyataan memaklumkan, suhu panas akan reda dalam tempoh beberapa hari lagi, namun doktor menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. – AFP sumber

No comments: