Sunday, June 28, 2015

Gempa Bumi Gegar Israel

gempa israel

Satu gempa bumi berkekuatan besar baru sahaja melanda wilayah Palestin dan sekitarnya.

Seperti yang disiarkan akhbar Yediot Ahronot dalam webnya menyatakan bahawa gempa yang belum diketahui titik pusat dan skala kekuatannya baru saja menggegar wilayah Palestin yang diduduki Zionis Israel.

Hingga saat ini belum ada laporan mengenai kerosakan ataupun korban jiwa akibat gempa tersebut.

Sementara itu pejabat berita Rassd Mesir menyatakan bahawa gegaran gempa yang melanda wilayah yang dijajah Zionis Israel juga turut dirasakan penduduk Kaherah dan Giza.

Warga Kaherah dan Giza yang merasakan kuatnya getaran gempa segera berhamburan keluar kerana takut bangunan yang mereka tempati roboh akibat gempa. (Dostor/Rassd/Ram) sumber

No comments: