Thursday, June 25, 2015

Hujan di PAKISTAN Selepas 838 Kematian

KARACHI: Bayu dingin dari laut dan hujan pra-monsun menurunkan suhu di selatan Pakistan selepas gelombang haba melampau menyebabkan 838 kematian. Suhu di bandar raya ini, yang paling banyak mencatatkan kematian akibat gelombang haba, turun kepada 34 darjah selsius, kata pegawai di Jabatan Meteorologi, Abdul Rasheed.

 Penurunan suhu mungkin menandakan berakhirnya fasa gelombang haba yang bermula Ahad lalu. Pegawai di hospital berkata kemasukan pesakit juga semakin berkurangan.

Karachi adalah pusat gelombang haba melampau, dikatakan terburuk dalam dekad ini dengan suhu mencecah 45 darjah selsius. Bekalan elektrik yang sering terputus memburukkan lagi keadaan. Dengan lebih 20 juta penduduk di bandar raya ini, Karachi sering berhadapan gangguan bekalan elektrik dan keadaan itu turut menjejaskan bekalan air.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan, Mejar Jeneral Asghar Nawaz, berkata di Karachi sahaja, 800 kematian dicatatkan akibat gelombang haba. "Pihak berkuasa nampaknya tidak sedia untuk mengendalikan bencana ini, yang dianggap sebagai terburuk sejak 1979," katanya. - AP  sumber

No comments: