Tuesday, June 2, 2015

IRAQ - 45 Polis Terbunuh, Serangan Bunuh Diri



BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 45 pegawai polis Iraq terbunuh dalam satu serangan militan kumpulan Negara Islam (IS) di wilayah Anbar. Mengikut pihak berkuasa keselamatan, pengebom bunuh diri membawa tiga SUV Humvee yang dirampas IS sebelum ini, merempuh ibu pejabat Batalion Ketiga Polis Iraq di Tharthar yang terletak berhampiran sebatang jalan menghubungkan Falluja dan Samarra. Serangan itu menyebabkan letupan kuat di depot peluru dalam pangkalan itu.

Sumber dipetik BBC berkata, pegawai berpangkat tinggi antara yang terkorban dalam serangan itu. Anbar kini menjadi medan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan IS sejak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu, militia Shia yang disokong Iran mempertingkatkan serangan untuk menawan kembali ibu negeri Anbar, Ramadi yang ditawan IS bulan lalu. - Agensi  sumber

No comments: