Sunday, June 28, 2015

ISIS Bunuh 40 Askar SYRIA

BEIRUT: Militan IS membunuh sekurang-kurangnya 40 tentera Syria dalam serangan berturut-turut di tiga pos pemeriksaan di tengah Syria, menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR).

Dalam pertempuran kurang dua jam semalam, militan IS menawan pos pemeriksaan berhampiran Sheikh Hilal, sebuah perkampungan di wilayah Hama.

"Pertempuran itu membunuh 40 tentera kerajaan termasuk militia tempatan," kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Beliau berkata, militan IS kemudian berundur selepas mendapati tentera kerajaan meminta pasukan bantuan. - AFP  sumber

No comments: