Thursday, June 25, 2015

Israel Bedil Gaza. Balas Serangan Roket

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel dilaporkan melancarkan serangan ke atas sasaran militan di Semenanjung Gaza pada awal pagi, beberapa jam selepas pejuang Palestin menembak roket ke selatan Israel. "Sebagai tindakan balas serangan ini, Angkatan Pertahanan Israel melancarkan roket daripada apa yang ditembak ke arah Israel sebelum itu," kata kenyataan tentera Israel.

Roket yang dibedil ke arah kawasan Israel itu jatuh di kawasan terbuka di Yad Mordechai yang berdekatan sempadan Israel-Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua serangan roket itu. Ia adalah serangan kelima dalam tempoh sebulan. Roket terakhir Palestin dilepaskan ke arah Israel pada 6 Jun lalu dan beberapa jam selepas itu, Israel membalasnya dengan serangan udara di Semenanjung Gaza. - AFP sumber

No comments: