Sunday, June 21, 2015

JEPUN Tawar AS3.5 Juta Bantu Rohinya



TOKYO: Jepun menawarkan bantuan AS$3.5 juta (RM13.05 juta) untuk membantu pelarian Rohingya yang meninggalkan Myanmar kerana ditindas dan menjadi mangsa diskriminasi. Menteri Luar, Fumio Kishida, berkata Jepun kekal komited untuk terus membantu pelbagai usaha perdamaian di Asia termasuk antara kerajaan Myanmar dan kumpulan etnik minoriti.

 "Bagi kumpulan ini yang bukannya imigran biasa tetapi terpaksa menggadai nyawa merentas Lautan Hindi, Jepun memutuskan menghulur AS$3.5 juta yang akan diagihkan menerusi pelbagai pertubuhan global termasuk UNHCR," katanya di sini, hari ini. Dana berkenaan akan digunakan untuk menyediakan makanan dan tempat tinggal serta membiayai analisis data berhubung pergerakan maritim mereka, kata Kishida.

Penderitaan suku kaum Rohingya yang ditindas dan hidup terpinggir mendapat perhatian antarabangsa kerana mereka sanggup bersesak dalam bot sempit merentas lautan untuk mencari penghidupan lebih baik di negara lain termasuk Malaysia. Warga Muslim Rohingya dikatakan berdepan layan buruk dan diskriminasi sistematik daripada kerajaan Myanmar yang majoritinya beragama Budha, sehingga tidak mengiktiraf etnik itu sebagai warga negara. - AFP sumber

No comments: