Sunday, June 28, 2015

KUWAIT - 27 Maut dalam Serangan di Masjid

Ahli keluarga mangsa serangan bom di Masjid al-Sadiq tidak dapat

KUWAIT CITY 27 Jun - Pemimpin dunia, mengutuk serangan berani mati di Masjid Al-Sadiq di sini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 nyawa, ketika ahli keluarga hari ini melaksanakan upacara pengebumian buat mangsa. Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu kenyataan, mengucapkan takziah kepada Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al-Sabah serta ahli keluarga mangsa. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan itu dan menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Kuwait serta rakyatnya dalam menangani ancaman pengganas,” jelas kenyataan tersebut.

Perdana Menteri Lebanon, Tammam Salam pula berkata, rakyat negaranya turut berdukacita dengan kejadian itu. Pada masa sama, pergerakan Hezbollah di Lebanon turut mengecam serangan itu yang disifatkan kejam kerana dilancarkan di rumah Allah dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan. “Kejadian ini menjejaskan semua penganut Islam tanpa mengira puak,” jelas Hezbollah seperti yang dilaporkan Press TV. Di Mesir,

Presiden Abdel Fattah al-Sisi turut mengutuk serangan berkenaan, sekali gus menegaskan pendirian Kaherah yang menolak semua bentuk keganasan. Serangan itu turut mendapat kecaman Bahrain, Jordan, dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Pihak berkuasa Kuwait memaklumkan, beberapa suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan penyerang telah ditahan. Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban, sementara 227 yang lain cedera apabila seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di dalam masjid berkenaan ketika jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat. – AGENSI sumber

No comments: