Tuesday, June 2, 2015

Lempar Batu? Israel Hukum 10 Tahun Penjara!

Israel meluluskan undang-undang baharu yang menetapkan hukuman

BAITULMAQDIS 1 Jun – Israel meluluskan undang-undang baharu yang menetapkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah kenderaan bergerak. Rang undang-undang tersebut dipinda selepas beberapa kali dibacakan di sidang Parlimen sebelum diluluskan, selain meminda undang-undang terdahulu yang mengenakan hukuman penjara 20 tahun untuk kesalahan yang sama. Namun, undang-undang sebelum ini hanya menetapkan hukuman dijatuhkan sekiranya kesalahan membaling batu itu terbukti mendatangkan kemudaratan.

 Mengikut undang-undang baharu itu, hukuman penjara 10 tahun akan dikenakan jika penunjuk perasaan melakukan perbuatan tersebut dengan niat, selain membahayakan nyawa atau merosakan kenderaan.Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked yang mengetuai jawatankuasa bagi pindaan tersebut berkata, hukuman itu terlalu ringan dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan memandangkan kesukaran untuk membuktikan jenayah terbabit.

“Sesiapa yang membaling batu sudah tentu berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada individu atau kenderaan yang bergerak itu,” katanya di laman Facebook beliau. Pindaan yang sama pernah diluluskan oleh Kabinet Israel pada November lalu ketika kementerian itu dipimpin oleh Tzipi Livni, namun tidak dapat dimuktamadkan berikutan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum Israel. – AFP sumber

No comments: