Monday, June 1, 2015

LIBYA - 5 Maut dalam Serangan Bom IS

MISRATA (Libya): Lima terbunuh manakala lapan cedera dalam satu serangan bom nekad di bandar Misrata dengan kumpulan Negara Islam (IS) tampil mengaku bertanggungjawab.

Pegawai keselamatan Libya berkata, seorang pengebom berani mati merempuh sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di barat Misrata menggunakan bom yang sarat dengan bahan letupan. Beberapa kereta dan kedai berhampiran turut dilaporkan rosak dalam serangan letupan berkenaan. IS dalam laman Twitter mengaku bertanggungjawab dengan berkata ia dilakukan oleh seorang warga Tunisia.

 Militan IS melakukan beberapa serangan di kawasan Misrata dan beberapa lagi bahagian di Libya, dengan mengambil kesempatan daripada krisis yang sedang dihadapi kerajaan Libya. Misrata, yang terletak di timur Tripoli, bersekutu dengan kerajaan tidak rasmi yang kini menguasai Tripoli. Kerajaan yang diiktiraf oleh antarabangsa hanya kini beroperasi di timur Libya sejak tewas dalam mempertahankan Tripoli pada Ogos tahun lalu. - AFP sumber

No comments: