Wednesday, June 10, 2015

MALAYSIA - Kes Bogel, 4 Pelancong Asing Ditahan

KOTA KINABALU 10 Jun - Mahkamah Majistret di sini memerintahkan empat pelancong asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mereka berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

 Perintah itu dikeluarkan Majistret Dzulhelmi Yunus terhadap dua beradik lelaki warga Kanada dan dua wanita, warga British dan Belanda. Mereka berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun. Mereka ditahan semalam bagi membantu siasatan mengenai dakwaan sekumpulan pelancong asing bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada ketinggian 4,095 meter.

 Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama  sumber

No comments: