Thursday, June 18, 2015

MALAYSIA - Sudah Lebih 70 Gegaran di Ranau



KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter direkodkan di Ranau jam 5.58 pagi tadi. Gegaran itu dilaporkan turut dirasai di beberapa daerah berhampiran.

 Semalam, tiga gempa bumi lemah direkodkan berpusat di Ranau iaitu pada jam 11.51 pagi, 5.59 petang dan 6.12 petang masing-masing berukuran 2.5, 2.4 dan 3.4 pada skala Richter.

 Lebih 70 gegaran susulan direkodkan di Sabah sejak gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan 18 nyawa di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu.

sumber 

No comments: