Thursday, June 18, 2015

MESIR - Morsi dan Badie Dihukum Penjara 25 Tahun

(FILES) - A file picture taken on March 20, 2013 shows then Egyptian

KAHERAH 16 Jun – Mahkamah Mesir hari ini menjatuhi hukuman penjara selama 25 tahun ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi (gambar)berhubung kes bersubahat dan mengintip untuk pertubuhan asing termasuk pergerakan Hamas, Hezbollah dan Iran.

Mursyidul Am Ihkwanul Muslimin, Mohamed Badie turut dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun berhubung kes sama. Sebanyak 17 defendan lain kes tersebut pula dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mahkamah turut mengenakan hukuman mati ke atas 16 defendan lain termasuk seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Khairat el-Shater berhubung dakwaan menyerahkan dokumen rahsia kepada pihak asing pada 2005 dan 2013.

Laman web al-Jazeera melaporkan, sebanyak 13 defendan tersebut dijatuhi hukuman tersebut tanpa kehadiran mereka di mahkamah. Pihak pembelaan dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut. Dalam pada itu, mahkamah masih belum memutuskan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas Mursi dan 100 lagi defendan dalam perbicaraan berbeza. – AFP/Reuters/Agensi - sumber

No comments: