Monday, June 29, 2015

Pengebom Masjid KUWAIT Warga SAUDI



DUBAI 28 Jun – Kuwait berkata, pengebom berani mati yang meletupkan dirinya di sebuah masjid milik puak Syiah di Kuwait City yang menyaksikan 27 orang maut, merupakan rakyat Arab Saudi, lapor media Kuwait, hari ini. Fahd Abdul-Muhsen al-Qabaa Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti pengebom berani mati itu sebagai Fahd Abdul-Muhsen al-Qabaa yang tiba di Kuwait pada subuh kelmarin selepas menaiki penerbangan, beberapa jam sebelum serangan tersebut.

Polis Kuwait turut menangkap pemandu yang membawa Fahd ke masjid berkenaan, selain menahan pemilik rumah di mana pengebom berani mati itu tinggal sementara. “Pemandu itu dikenal pasti sebagai Abdulrahman Sabah Eidan Saud yang merupakan penduduk haram Kuwait dan dilahirkan pada 1989,’’ kata kementerian tersebut.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku mendalangi serangan tersebut. Kementerian Kesihatan Kuwait berkata, 227 mangsa cedera dalam insiden itu dengan 40 daripada mereka masih dirawat di hospital. – AFP/REUTERS - sumber

No comments: