Thursday, June 18, 2015

QATAR Desak Bebaskan Morsi



DOHA: Qatar mendesak hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, dibatalkan dan Morsi dikeluarkan dari negara terbabit. Mahkamah Mesir mengekalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap Morsi atas tuduhan merancang komplot melarikan diri dari penjara dan serangan ke atas polis ketika pemberontakan pada tahun 2011 di negara itu.

 "Hukuman mati terhadap kumpulan pembangkang politik di Mesir mengancam keselamatan dan kestabilan. Ia turut menutup pintu perdamaian dan keharmonian," kata kenyataan rasmi kerajaan Qatar. Hukuman penjara turut dikenakan ke atas Morsi kerana dituduh menjadi pengintip Iran dan kumpulan militan, termasuk gerakan Islam Palestin, Hamas dan bagi pihak pemimpin yang berpangkalan di Qatar.

Hukuman mati turut dikekalkan terhadap 100 defendan yang lain, termasuk ulama yang berpangkalan di Qatar, Yusuf Qaradawi, yang dibicarakan tanpa kehadirannya. - AFP sumber

No comments: